SELAMAT DATANG

Ke Blog acumanipoh 2012

Jumaat, 28 September 2012

FROG adalah satu program ( Platform ) teknologi pembelajaran interaktif Virtual Learning Environment ( VLE ) yang akan diperkenal oleh KPM untuk digunakan setiap sekolah diseluruh negara. Kini semua Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG seluruh negara sedang menghadiri kursus mengaplikasi program tersebut sebelum program VLE ini dilaksanakan di sekolah
Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.
Bagaimana komponen penyelesaian pendidikan ini dijalankan secara bersepadu?
 

Di Kawasan Sekolah: Akses dan Keselamatan
Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah
Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.
 

Di Luar Kawasan Sekolah: Fleksibiliti dan Mobiliti
Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan  VLE.
 

Khamis, 27 September 2012

RAHSIA TATABAHASA - Imbuhan

Imbuhan

1.1 membuat = abstrak , berbuat = bukan benda(tidak boleh dipegang)

      i  - Azmi membuat bising ( X )
      ii - Azmi berbuat bising ( / )
      iii- berbuat begitu ( / )

1.2 meN- .........-i (orang )
      meN- .........-kan ( benda )

      i  - menghadiahi ibu ( / )
      ii - menganugerahkan pegawai itu ( X )
      iii- menghidangi tetamu ( X )

1.3 ( orang ) di-.........-i ( benda )
      ( benda ) di- .......-kan ( orang )

       i  - Pingat Jasa Kebaktian dihadiahkan kepada Salamiah. ( / )
       ii - Salamiah dihadiahkan Pingat Jasa Kebaktian. ( X )

1.4 memper....... ( kata adjektif )
      memper-......-kan ( kata kerja )

        i  - memperdalamkan lubang itu ( X )
        ii - memperdalam lubang itu ( / )
        iii- memperkatakan hal itu ( / )

1.5 meN-.....-kan ( orang ) = buat / beli untuk orang lain

        i  - Sarah membuatkan ayahnya secawan teh. ( / )
        ii - Sarah membuat ayahnya secawan teh. ( X )
        iii- Ibu menjahit anaknya sepasang baju kurung. ( X )
                              *benefaktif*

1.6 meN-.........-kan ( tidak perlu tentang )
                         ber ( ada tentang / kata sendi )

        i  - Cikgu Kamarul Zaman menceritakan tentang pengalamannya. ( X )
        ii - Cikgu Kamarul Zaman menceritakan pengalamannya. ( / )
        iii- Cikgu Kamarul Zaman bercerita tentang pengalamannya. ( / )

1.7  menemui = ( benda hidup ) ,  menemukan =  ( benda bukan hidup )

         i  - menemui kawan ( / )
         ii - menemukan dompet ( / )

1.8 akan = tiada imbuhan

          i  - menyayangi akan anaknya ( X )
          ii - sayang akan anaknya ( / )
          iii- sayang anaknya ( X )

          ada imbuhan tidak perlu akan

1.9 ( orang ) menghiaskan / ( benda ) menghiasi
      (benda ) mengotori / ( orang ) mengotorkan

           i  - Mereka menghiaskan pentas itu. ( / )
           ii - Mereka menghiasi pentas itu. ( X )
           iii- Pelbagai bunga menghiaskan pentas itu. ( X )
           iv- Pelbagai bunga menghiasi pentas itu. ( / )
           v - Anaknya mengotori lantai itu. ( X )

1.10 ber-.........-kan = kata sendi tidak perlu

           i  - Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama. ( / )
           ii - Orang tua itu tidur berbantal lengan.( X )

RAHSIA TATABAHASA - Kata Ganda

Kata Ganda

1.1 saling = 1X , tidak perlu kata ganda

        i  - Zamani dan Aliff saling kejar-mengejar ( X )
        ii - Zamani dan Aliff saling mengejar ( / )
        iii- Zamani dan Aliff kejar-mengejar ( / )

1.2 imbuhan pinjaman = 2X

         i  - juru-juruterbang ( X )
         ii - juruterbang-juruterbang ( / )

         man,wati,an,tata,wan,pra , ............................

1.3 kata nama = 2X kata pertama

         i  - guru-guru besar ( / ) = banyak guru besar
         ii - guru besar-guru besar ( X )
         iii- alat-alat tulis ( / )
         iv- alat tulis-alat tulis ( X )

1.4 kata ganda/separa + ber.......an = B1,1B

          i  - dedaun berguguran ( X )
          ii - daun berguguran ( / )
          iii- berterbangan lelayang ( / )

1.5 belaka = B1 , 1B

            i  - Baju kemeja itu murah-murah belaka. ( / )
            ii - Pakaian-pakaian itu cantik-cantik belaka ( X )
            iii- Murid-murid itu bijak-bijak belaka ( X )

Rabu, 26 September 2012

RAHSIA TATABAHASA - Ayat Pasif

1.1 kata ganti nama 1 , 2 tiada oleh ,
      di KGN 3 ada di.......oleh atau tiada oleh

      i - Roti itu dimakan oleh saya ( X )
      ii- Roti itu saya makan ( / )
      iii-Roti itu kamu makan ( / )
      iv-Roti itu mereka makan ( X )

1.2 kena......oleh , ter........oleh , ke........an , ber

      i- Pencuri itu tertangkap polis ( X )
      ii-Pencuri itu kena tangkap polis ( X )
      iii-Dia basah kuyup kerana kehujanan ( / )
      iv-Surat anaknya belum berjawab ( / )
      v- Saya tertarik dengan keindahan tasik itu ( X )

1.3 Rahsia Ayat Pasif

      KGN 1  - saya,aku,hamba,kami,kita,beta - tidak boleh 'di..........oleh'

      KGN 2  - awak,kamu,anda,engkau,
                      kalian,tuanku,tuan hamba          - tidak boleh 'di..........oleh'

      KGN 3 / pelaku - dia,mereka,beliau,baginda
                                   nya                               - mesti ada 'di............oleh'
                                                                                         'di..................'

1.4 kata bantu dalam ayat pasif = sebelum orang

      i - Wau itu akan saya buat ( / )
      ii- Wau itu saya akan buat ( X )

      kata bantu - akan,telah,belum,pernah,sudah,sedang









Selasa, 25 September 2012

RAHSIA TATABAHASA-Kata Bilangan

KATA BILANGAN

1.1. B1 atau 1B (BB adalah salah)

        B              B
1.semua murid-murid ( X )

        B         1
2.semua murid( / )

       1       B
3.guru semua ( / )

B = banyak

para               sekawan            ramai           sepasukan       sebilangan     pertubuhan        antara      koleksi
seluruh           sekandang         sebahagian   gugusan

1 = satu,seekor

labah-labah = lelabah              rama-rama = rerama          kanak-kanak         kura-kura = kekura
layang-layang = lelayang         anai-anai

1.2 'ber' - 2X

1.berpuluh tahun ( X )

2.berpuluh-puluh tahun ( / )

contoh yang betul :  berjam-jam        berhari-hari       bertahun-tahun      berminit-minit    berbulan-bulan

1.3 'ke' = 2X,perlu penjodoh bilangan

1.kedua-dua anaknya ( X )

2.ketiga-tiga ekor kucing itu ( / )

3.ketiga-tiga kucing itu ( X )

1.4 pecahan - ditulis diakhir bukan di tengah

1.dua setengah kilogram ( X )

2.dua kilogram setengah ( / )

1.5 setengah = 1/2,sesetengah = jumlah , sebilangan

1.Setengah orang tidak suka akan durian. ( X )

2.Sesetengah orang tidak suka akan durian. ( / )

3.Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. ( / )

1.6 beberapa = jumlah , berapa = soalan

1.Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( / )

2.Berapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( X )

3.Berapa orang pelajarkah telah menyertai kursus itu? ( / )


   

Isnin, 24 September 2012

Tatabahasa Bahasa Melayu

PROFIL

NAMA                 :      KAMARUL ZAMAN BIN ISHAK
NO. MATRIK      :      PPG/BM/04/00759/2012/2/KIC
                                    PPG BAHASA MELAYU