SELAMAT DATANG

Ke Blog acumanipoh 2012

Ahad, 28 Oktober 2012

EJAAN MANTAP

telah mantap = dieja 1 perkataan

kata majmuk

antarabangsa                            pesuruhjaya
bumiputera                              setiausaha
jawatankuasa                           sukarela
kakitangan                               suruhanjaya
warganegara                            tanggungjawab
olahraga                                   matahari
beritahu                                   kerjasama
tandatangan

PERKATAAN YANG DITERIMA PAKAI DALAM PEPERIKSAAN DAN MEMBAWA MAKSUD YANG SAMA

1.   sejak = semenjak
2.   sentiasa = senantiasa
3.   depan = hadapan
4.   baru = baharu
5.   akibat = sebagai akibat
6.   pemburu = berburu
7.   kebelakangan = belakangan
8.   peninju = petinju
9.   esok = besok
10. saja = sahaja
11. banyak = ramai

PERKATAAN "RAYA"

raya = 2 perkataan kecuali dijadikan nama khas , enakmen

1.   pasar raya ( / )
2.   pasaraya ( X )
3.   bandar raya ( / )
4.   Bandaraya Kuala Lumpur ( / )
5.   Bandar Raya Kuala Lumpur ( X )
6.   Bandaraya Ipoh ( / )
7.   pilihanraya ( / )
8.   jalan raya ( / )
9.   hari raya ( / )
10. lebuhraya ( X )

RAHSIA TATABAHASA - Ayat Songsang

i-  pendepanan frasa kerja transitif
ii- pendepanan frasa kerja tak transitif
iii-pendepanan frasa adjektif
iv-pendepanan frasa sendi/kata hubung

1. Sedang membaca buku murid itu? ( / )
2. Tertidur Mawi di situ. ( / )
3. Sungguh besar sekolah itu. ( / )
4. Ke Makkah lagi Haji Ali. ( / )
5. Untuk siapa hadiah ini? ( / )

RAHSIA TATABAHASA - Hukum D-M

goreng = hendak makan apa?
               atau hendak goreng apa?

1. Saya suka goreng pisang. ( X )
2. Saya suka pisang goreng. ( / )
3. Tolong goreng ayam itu. ( / )

             = hendak naik apa?
                hendak pergi mana?

1. bas mini ( / )
2. mini bas ( X )
3. Aminah Kedai Jahit ( X )

             = hendak makan apa? hendak beli apa? telur apa? ayam apa? daging apa?

1. sos cili ( / )
2. cili sos ( X )
3. ayam telur ( / )
4. telur ayam ( / )

                 lain = di akhir ayat , 1X

1. masalah-masalah lain ( / )
2. lain-lain hal ( X )
3. hal-hal lain ( / )

RAHSIA TATABAHASA - Kata Ganti Nama/Gelaran

ia = orang = dia

1. Saya ada seekor kucing.Ia bernama Si Comel. ( X )
2. Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. ( / )
3. Kamus itu sangat mahal.Ia berharga RM100.00. ( X )
4. Bersikap rajin amat penting kerana ianya menjamin kejayaan. ( X )

RAHSIA TATABAHASA - Kata Tanya

apa / apa-apa / mana / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa(sesiapa)

1. Saya tidak tahu apa yang berlaku. ( X )
2.Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku. ( / )
3. Kami tidak ke mana-mana semalam. ( / )

kata tanya dalam ayat penyata = tidak boleh

1. Saya tidak tahu siapa namanya. ( X )
2. Saya tidak tahu namanya. ( / )
3. Saya tidak tahu di mana dia tinggal. ( X )

kah = awal ayat mesti ada , di akhir ayat tidak perlu , di tengah boleh

1. Siapakah nama saudari? ( / )
2. Siapa nama saudari? ( X )
3. Nama saudari siapa? ( / )
4. Nama saudari siapakah? ( X )
5. Yang manakah basikal kamu? ( / )

RAHSIA TATABAHASA-Kata Nafi

tidak    = kata kerja , kata adjektif
bukan  = kata nama , kata sendi

1. Dia bukan abang saya.  ( / )
2. Komputer itu bukan berat. ( X )
3. Soalan itu bukan susah. ( X)
4. Soalan itu tidak susah. ( / )
5. Gillian tidak dari Ipoh. ( X)

Khamis, 11 Oktober 2012

RAHSIA TATABAHASA - Kata Pemeri

ialah ( kata nama , kata kerja ) , adalah ( kata sendi , kata adjektif )
  • Ramli ialah abang saya. ( / )
  • Mesyuarat itu adalah dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi. ( / )
  • Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak kilang. ( / )

RAHSIA TATABAHASA - Kata Sendi,Kata Hubung,Kata Adjektif

1. antara ( bukan tempat ) di antara ( tempat )
  • Antara hobinya ialah membaca buku.( / )
  • Di antara hobinya ialah membaca buku. ( X )
  • Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga. ( / )
2. di dalam ( lubang/ruang ) , dalam ( abstrak/tidak nampak )
  • di dalam ingatannya ( X )
  • dalam ingatan ( / )
  • di dalam bilik ( / )
3. sebab ( kata nama abstrak ) , kerana / oleh sebab ( kata hubung ) , oleh kerana ( tiada )
  • Jalil tidak datang sebab demam. ( X )
  • Jalil tidak datang oleh sebab demam. ( / )
  • Jalil tidak datang oleh kerana demam. ( X )
4. atas ( bukan tempat ) , di atas ( tempat )
  • Terima kasih atas pertolongan saudara. ( / )
  • Terima kasih di atas bantuan awak. ( X )
  • Buku kamu ada di atas meja itu. ( / )
5. daripada ......... kepada ( perbezaan ) , dari ....... ke ( masa , jarak , tempat )
  • Markah Bahasa Melayu telah meningkat dari 80% ke 90%. ( X )
  • Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.80 kepada RM1.90 seliter. ( / )
6. di ( sudah tiba , sedia ada ) , ke ( belum tiba , pergerakan )
  • Mereka sudah sampai di Tapah. ( / )
  • Mereka sudah sampai ke Tapah. ( X )
  • Dia membuang sampah di dalam tong sampah. ( X )
7. ke.....ke / untuk .......untuk ....... / di ......di = 2x
  • Saya tidak tahu sama ada dia ke Ipoh atau ke Johor. ( / )
  • Hadiah ini adalah untuk ibu bukan ayah. ( X )
8. dari se / se.........se = 2x , 0........0
  • dari masa ke semasa ( X )
  • dari semasa ke semasa ( / )
  • dari hari ke hari ( / )
9. di ( tempat ) , pada ( anggota badan , benda )
  • Ada setompok darah di bajunya. ( X )
  • Doktor membalut luka pada kakinya. ( / )
  • Jangan bersandar di dinding itu. ( X )
10. manakala ( 2 , 3 ........orang ) sementara ( 1 orang )
  • Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan. ( X )
  • Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan. ( / )
  • Mereka menanam jagung manakala menunggu padi masak. ( X )

RAHSIA TATABAHASA-Kata Penguat

1.bebas = sas
1.1. sangat cantik ( / )
1.2. cantik sangat ( / )
1.3. amat kejam ( / )
1.4. kejam amat ( / )
1.5. bijak sungguh ( / )

2.sekali = tidak perlu ter , paling
2.1. KLCC tertinggi sekali ( X )
2.2. KLCC tertinggi ( / )
2.3. KLCC begitu tinggi sekali ( / )
2.4. KLCC paling tinggi sekali ( X )
2.5. KLCC tinggi sekali ( / )

3.kata penguat tidak perlu kata ganda berentak
3.1. Rambut Aniqah sangat kusut-masai. ( X )
3.2. Suasana di pasar itu amat riuh. ( / )