SELAMAT DATANG

Ke Blog acumanipoh 2012

Khamis, 11 Oktober 2012

RAHSIA TATABAHASA - Kata Sendi,Kata Hubung,Kata Adjektif

1. antara ( bukan tempat ) di antara ( tempat )
  • Antara hobinya ialah membaca buku.( / )
  • Di antara hobinya ialah membaca buku. ( X )
  • Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga. ( / )
2. di dalam ( lubang/ruang ) , dalam ( abstrak/tidak nampak )
  • di dalam ingatannya ( X )
  • dalam ingatan ( / )
  • di dalam bilik ( / )
3. sebab ( kata nama abstrak ) , kerana / oleh sebab ( kata hubung ) , oleh kerana ( tiada )
  • Jalil tidak datang sebab demam. ( X )
  • Jalil tidak datang oleh sebab demam. ( / )
  • Jalil tidak datang oleh kerana demam. ( X )
4. atas ( bukan tempat ) , di atas ( tempat )
  • Terima kasih atas pertolongan saudara. ( / )
  • Terima kasih di atas bantuan awak. ( X )
  • Buku kamu ada di atas meja itu. ( / )
5. daripada ......... kepada ( perbezaan ) , dari ....... ke ( masa , jarak , tempat )
  • Markah Bahasa Melayu telah meningkat dari 80% ke 90%. ( X )
  • Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.80 kepada RM1.90 seliter. ( / )
6. di ( sudah tiba , sedia ada ) , ke ( belum tiba , pergerakan )
  • Mereka sudah sampai di Tapah. ( / )
  • Mereka sudah sampai ke Tapah. ( X )
  • Dia membuang sampah di dalam tong sampah. ( X )
7. ke.....ke / untuk .......untuk ....... / di ......di = 2x
  • Saya tidak tahu sama ada dia ke Ipoh atau ke Johor. ( / )
  • Hadiah ini adalah untuk ibu bukan ayah. ( X )
8. dari se / se.........se = 2x , 0........0
  • dari masa ke semasa ( X )
  • dari semasa ke semasa ( / )
  • dari hari ke hari ( / )
9. di ( tempat ) , pada ( anggota badan , benda )
  • Ada setompok darah di bajunya. ( X )
  • Doktor membalut luka pada kakinya. ( / )
  • Jangan bersandar di dinding itu. ( X )
10. manakala ( 2 , 3 ........orang ) sementara ( 1 orang )
  • Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan. ( X )
  • Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan. ( / )
  • Mereka menanam jagung manakala menunggu padi masak. ( X )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan